Penaklukan England William_I_dari_England

Rencana utama: Penaklukan Normandie
Kerabat Diraja Inggeris
Kerabat Diraja Normandy
  William I
  Anak-anak
      Robert III Curthose, Duke Normandy
      William II Rufus
      Adela, Countess Blois
      Henry I Beauclerc

Apabila saudara sepupu William, Raja Edward si Pengaku dari England, mangkat pada Januari 1066, William menuntut takhta England, dan menegaskan bahawa Edward yang tidak mempunyai anak dan dikatakan hidup membujang, telah menamakannya sebagai pewaris ketika William melawat baginda (mungkin pada 1052). Selain itu, Harold Godwinson, usahawan yang terutama di England serta adik ipar kepada mendiang Raja Edward, dilaporkan telah berjanji untuk menyokong William ketika Harold mengalami nafas kapal di Normandie (k.k. 1064). Harold telah memberikan jaminannya ketika dalam tawanan dan dilaporkan kena tipu supaya bersumpah pada tulang seorang santo bahawa dia akan memberi takhta kepada William. Bagaimanapun, walaupun jika cerita ini adalah benar, Harold telah memberikan janji itu dalam keadaan dures dan oleh itu, berhak untuk mungkir janjinya. Lebih realistik, menjelang pertengahan dekad 1050-an, Harold telah memerintah England melalui Raja Edward yang lemah, dan tidak mungkin akan menyerahkan takhta kepada seorang bangsawan asing.

Witenagemot, perhimpunan bangsawan yang terutama di England, meluluskan kemahkotaan Harold. Baginda dimahkotakan pada 5 Januari 1066, dengan gelaran Raja Harold II dari England. Untuk mengejar tuntutannya, William memperoleh sokongan daripada Paus Alexander II, dan mengumpulkan satu armada yang terdiri daripada lebih kurang 600 buah kapal dan 7,000 askar. William mendarat di Pevensey, Sussex pada 28 September 1066 dan selepas membina sebuah kastil kayu pasang siap berhampiran dengan Hastings sebagai pangkalannya, baginda memulakan pemusnahan tanah. Ini membangkitkan kemarahan Harold kerana kawasan Sussex ini adalah ladang peribadinya. Mungkin disebabkan ini, baginda bertindak dengan semerta merta dan tergesa-gesa, tanpa menunggu sebarang tenaga bantuan dari London.

Raja Harold ketika itu di utara England dan baru sahaja menewaskan Harald III dari Norway, pesaingnya yang disokong oleh adik Harold sendiri, Tostig. Baginda memarakan tenteranya yang lebih kurang sama saiznya dengan tentera William sejauh 250 batu dalam tempoh 9 hari untuk mencabar William dalam perang penentu di Senlac. Perang itu yang kemudian dikenali sebagai Pertempuran Hastings berlaku pada 4 Oktober 1066. Menurut sesetengah laporan yang mungkin mendasarkan tafsiran Dewangga Bayeux yang memperingati kemenangan Normandie, Harold dikatakan dibunuh oleh anak panah yang tertusuk matanya. Angkatan tentera Inggeris melarikan diri dan dengan itu, memberi kemenangan kepada William. Ini merupakan saat pentakrifan yang kini dikenali sebagai Penaklukan Norman.

Tidak berupaya masuk ke London, William menuju ke Wallingford, dan disambut oleh Wigod yang menyokong perjuangannya. Wallingford merupakan tempat penyerahan-penyerahan pertama, termasuk Ketua Biskop Canterbury. [1] Orang-orang bangsawan Anglo-Saxon menyerah kepada William di Berkhamsted, Hertfordshire, dan mengisytiharkan William sebagai Raja England di sana. William kemudian dimahkotai di Gereja Westminster pada 25 Disember 1066.

Walaupun bahagian selatan England menyerah kepada pemerintahan Norman dengan cepat, tentangan berterusan, khususnya di bahagian Utara selama lagi enam tahun sehingga tahun 1072. Anak-anak haram Harold membuat percubaan untuk menyerang bahagian barat daya semenanjang. Pemberontakan-pemberontakan berlaku di Welsh Marches dan Stafford. Serangan yang berasingan oleh orang-orang Denmark dan Scotland juga berlaku. Penewasan pemberontakan-pemberontakan ini oleh William mencetuskan pemusnahan Northumbria sebagai dendaman, serta untuk menidakkan sumber-sumber kepada musuh-musuhnya. Peristiwa ini dikenali sebagai Porak-peranda Utara (juga dipanggil Penyikatan).

Tentangan serius yang terakhir berlaku dalam Pemberontakan Earl pada tahun 1075. Satu perlima pendudk England dianggarkan maut akibat perang, pembunuhan beramai-ramai, dan kebuluran.